Tuesday, 22 January 2013

Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum..

Hari tue KK ada kongsi ngan korg pasal Solat Sunat Dhuha.. da amalkan da? hihi

So, kali nie nak kogsi pasal solat sunat taubat plak..

Solat sunat taubat nie blh dilakukan bila2 masa dan sebaiknya pada waktu dua pertiga malam untuk lebih kusyuk.
Ada dalam satu movie, cerita apa yea...haa...cerita 'Salam Cinta' xsilap KK..dalam tue ada dialog nie


'Solat Sunat Taubat bukan dilakukan sekali setahun'


Ini bermaksud adalah lebih baik jika dilakukan dengan kerap..yelahh..kita manusia biasa yang banyak dosa..dan lebih elok disegerakan..
Mak KK pesan, solatlah sunat taubat dulu sblm solat sunat hajat..yelah..kita nak mintak sesuatu, mesti la kena mintak ampun dulu,,ye x?


Antara syarat2 solat sunat taubat :


1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Cara Solat Taubat
1) niat

2) 

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).


Dan sudah tentu ada fadhilatnya kan? :')
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

jom beramal kawan2 :).





Monday, 21 January 2013

eh,eh? Segments and GAs nie....

Assalamualaikum wbt..

KK perhati, blog2 yang KK follow suka sgt join GA dgn Segmen..
tp, xpasti plak macam mana dgn follower2 KK..

so , kali ni.. KK nak listkan kat korg.. GA and segmen y sedang berlangsung sekarang..

Saje nak share ngan korg :)


1) Segmen : Tambah follower sambil berkenalan  :
 mcm menarik? KK memang suka berkenal2an nie.hahah :p

2) My First GA by Echa
KK rsa mcm nak join jea...hadiah pon misteri..hihi..sgt sesuai untuk yang sukakan suprise..haha

3) Jadikan Follower Overload 
hahha..sesuai untuk yang nak sgt follower berlambak..korg blh cuba nie! :)

4) Segmen Makanan & Minuman kegemaran Bloggers M'sia
hmm..mcm menarik..ckp sal mknn nie..tba2 lapar plak..huhu..btw,cpt2! esk da dari luputnya :)

5) Segmen Bloglist Syaifuddin Alias
oke jgk kalau korg nak join segmen nie..trafik pon berlambak..hmm..domain dot com tuee..hebatt ;p

6)Topup GA by FD 
cun! bagi korg y selalu habis kredit tue kann..ha..nie la masa nye

7) Segmen Selamat Ulangtahun Kelahiran
KK join segmen nie..byk sgt..KK pon xabis blogwalking sgt..antara salah satu trafic KK nie..hihi..jom join..

8) Segmen KK..nk join???? :) *tunggu~..byk kelebihan y korg akan dapat insyaAllah..

Sunday, 20 January 2013

Tatacara & Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum..

Kali nie KK nak kongsi dengan korg semua kelebihan/fadhilat sunat dhuha..

Apa itu sunat dhuha?
Solat sunat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha iaitu diantara matahari mulai naik dan mula condong. Okeh, dimana diantara pukul 8 hingga masuk waktu zohor..


Tatacara solat sunat dhuha :

niat :

  أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 


bacaan  pada rakaat pertama :       1) Doa iftitah
                                                     2 )surah Al- Fatihah
                                                     3) as-Syams

bacaan pada rakaat kedua :           1) surah Al- Fatihah
                                                     2) ad-Dhuha


selesai salam, baca doa ini : 



Kalau korg jenis susah nak igt..mcm KK..haha..cuba nie


                                       

bestkan doa dia :')..roomate KK pon da hafal da nie, sbb kerap sgt pasang..huhu..

Antara fadhilat solat sunat dhuha :

1) " Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan " (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

2) " Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar " Hadis riwayat Muslim

3) Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Ini hanya antaranya..mungkin sebenarnya banyak lagi kan?

Ya Allah, kadang2 jeles jgk tengok org buat ibadah lebih banyak dari kita kan? 
Kami pon mahu perhatian KEKASIH kami :')