Tuesday 22 January 2013

Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum..

Hari tue KK ada kongsi ngan korg pasal Solat Sunat Dhuha.. da amalkan da? hihi

So, kali nie nak kogsi pasal solat sunat taubat plak..

Solat sunat taubat nie blh dilakukan bila2 masa dan sebaiknya pada waktu dua pertiga malam untuk lebih kusyuk.
Ada dalam satu movie, cerita apa yea...haa...cerita 'Salam Cinta' xsilap KK..dalam tue ada dialog nie


'Solat Sunat Taubat bukan dilakukan sekali setahun'


Ini bermaksud adalah lebih baik jika dilakukan dengan kerap..yelahh..kita manusia biasa yang banyak dosa..dan lebih elok disegerakan..
Mak KK pesan, solatlah sunat taubat dulu sblm solat sunat hajat..yelah..kita nak mintak sesuatu, mesti la kena mintak ampun dulu,,ye x?


Antara syarat2 solat sunat taubat :


1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Cara Solat Taubat
1) niat

2) 

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).


Dan sudah tentu ada fadhilatnya kan? :')
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

jom beramal kawan2 :).





0 comments: